Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 19 Ogos 2017
Versi 8.0.2
Fungsi Majlis Daerah Bau Fungsi Majlis Daerah Bau

Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai fungsi untuk:

  • Memberi perkhidmatan yang cekap dan efisien secara berterusan
  • Merancang, melaksana dan menyelenggara projek pembangunan Pihak Berkuasa Tempatan
  • Menggubal, mengkaji dan melaksana perundangan Pihak Berkuasa Tempatan
  • Memastikan setiap pegangan di dalam kawasan pentadbiran 20 Majlis Daerah diukur, dibuat penilaian dan dikenakan cukai pintu / levi (estet perladangan kelapa sawit).
  • Merancang, mengurus dan mengatasi masalah kebersihan dan kesihatan awam
  • Menggubal, mengkaji semula dan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan
  • Merancang, mengurus dan menyediakan kemudahan perpustakaan awam

Jentera pentadbiran Majlis dibahagi kepada tujuh Bahagian dan Unit yang mempunyai fungsi dan objektif masing-masing ke arah memberikan perkhidmatan yang adil, cekap dan berkualiti.

Bahagian Pentadbiran adalah nadi jentera pengurusan pentadbiran Majlis, diketuai oleh Setiausaha Majlis,N44. Ia adalah pusat pengurusan pejabat, pusat surat menyurat, mengatur dan mengadakan pelbagai mesyuarat Jawatankuasa Tetap Ahli-Ahli Majlis, serta perhubungan awam dan hubungan langsung dengan Kementerian Kerajaan Tempatan, Agensi Kerajaan dan swasta.

Unit Penguatkuasa diketuai oleh Pembantu Penguatkuasa,N22, menguatkuasa Undang-Undang Kecil Majlis, memeriksa semua pemilik lesen perniagaan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mematuhi Undang-Undang Majlis.

Perpustakaan Awam diketuai oleh Pembantu Perpustakaan,S22, memberi perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat setempat.

Bahagian Perbendaharaan diketuai oleh Bendahari Majlis,W27, adalah pusat pengawalan kewangan, pusat akaun, pembayaran, kutipan hasil seperti cukai pintu dan pelbagai lesen.

Unit Penilaian diketuai oleh Pembantu Penilaian W22, yang mana mengukurperiksa dan mentaksirkan semua pegangan di dalam kawasan Daerah Bau untuk dikenakan bayaran cukai taksiran.

Bahagian Kerja Raya diketuai oleh Juruteknik Awam J22, melaksanakan resolusi mesyuarat Ahli Jawatankuasa berhubung dengan perlaksanaan projek pembangunan, menyediakan kemudahan awam termasuk mengeluarkan tawaran kerja dan menyelia projek-projek pembangunan, menyelenggarakan bangunan milik Majlis, jalanraya dan jambatan, memeriksa pelan bangunan dan penyediaan Permit Layak Menduduki (Occupation Permit).

Bahagian Kesihatan Awam diketuai oleh Inspektor Kesihatan U32, menjaga kebersihan keseluruhan pekan Bau dan kawasan sekitarnya, memberi perkhidmatan pengurusan sisa-sisa pepejal, melaksanakan aktiviti kawalan perniagaan, program kawalan mutu makanan dan program kawalan vektor-vektor yang membawa penyakit, memeriksa bangunan baru terhadap sistem sanitasi bagi tujuan pengeluaran Permit Layak Menduduki, dan melaksanakan projek Landskap.