Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 19 Okt 2018
Versi 8.1.2

Menu Utama Menegak

Lydia Hyginus dinobat Ratu Cantik Tasik Biru 2018
Tarikh : 01 Oct 2018  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

CANTIK: Lydia (duduk) diapit Valerie (di sebelah kirinya) dan Shannon (di sebelah kanannya) merakam kenangan bersama Christina (empat kiri) serta peserta pertandingan yang lain.

BAU: Lydia Hyginus dinobatkan sebagai Ratu Cantik Tasik Biru 2018 sempena Pesta Tasik Biru yang berlangsung bermula pada 28 hingga 30 September (semalam).

Gadis cantik Bidayuh ini menewaskan lapan lagi peserta lain pada pertandingan akhir malam kelmarin (Sabtu) yang berlangsung di pentas utama pesta tersebut di sini.

Menerusi kemenangan tersebut, Lydia menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta mahkota, selempang, trofi dan sejambak bunga.

Tempat kedua disandang Valerie Alyn Morgan manakala tempat ketiga dimenangi Shannon Michael.

Valerie dan Shannon masing-masing menerima hadiah wang tunai RM800 dan RM600, juga berserta mahkota, selempang, trofi dan sejambak bunga.

Hadiah disampaikan Datin Christina Esni yang merupakan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep.  

Tiga lagi gelaran sampingan iaitu Ratu Bakat, Ratu Kegemaran dan Pakaian Retro Terbaik masing-masing dimenangi Priscillya Stevenson Satu, Stephanie Audrey John dan Helen Amanda Henry.

Priscillya dan Helen masing-masing menerima hadiah wang tunai RM150 berserta mahkota, selempang, trofi dan sejambak bunga manakala Stephanie menerima hadiah wang tunai RM200 juga berserta mahkota, selempang, trofi dan sejambak bunga.

Hadiah sagu hati bernilai RM100 seorang diberikan kepada Oasis Norun Favian, Helen, Stephanie, Priscillya, Ervina Fiffy Ted dan Gloria Willi.